Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

03 November 2010

Sampai mati

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Terasa nak menangis tatkala usai membaca artikel ini : 

(klik)Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…


Si penulis menulis dari sudut 'orang yang menasihati'. Saya setuju, malah tiada sanggahan sedikit pun.
Sepertimana Rasululullah tak pernah putus asa berdakwah meski dihina, dicerca dan dikasari...begitulah kita-kita manusia biasa ini harus lakukan.
Tidak mengenal putus asa sehingga salah satu yang berikut berlaku;
1. Kamu mati. !
2. Dia mati. !
3. Matahari terbit dari barat. !
4. Dia berubah.....

Tidak kisahlah budak sekolah agama ke, teknik ke, perempuan ke, lelaki ke... semuanya manusia biasa.
Tapi suka untuk saya tambah beberapa hal:
  • sementara YANG MENASIHATI harus terus memberi nasihat dengan baik, YANG DINASIHATI harus membuang ego, berlapang dada dan menghargai orang yang menasihati
  • YANG MENASIHATI pun perlu kumpul ilmu, kekuatan dan keyakinan untuk memberi nasihat kerana ia juga manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa dalam sedar ataupun tidak.
  • YANG DINASIHATI tidak boleh bersikap berharap untuk tunggu dinasihati, baru mahu mula berubah. Jika tahu itu salah, insaf dan bertaubatlah terus. YANG MENASIHATI mungkin saja pergi dulu menemuiNYA...mahu harapkan siapa seterusnya dan akhirnya?
  • YANG MENASIHATI akan sentiasa boleh jadi YANG DINASIHATI...dan sebaliknya.


Ya, saya terkesan dengan artikel ini kerana saya sudah pernah berputus asa untuk menasihati.
Mungkin saya perlu berubah kerana - saya belum mati!(shg entri ini mula diletak) yang perlu dinasihati juga belum mati dan masih tidak berubah! 
Matahari terbit dari barat....??? sepertinya tidak lama lagi juga.



updated: terbaca artikel terbaru oleh penulis yang sama : JAMBATAN HATI
Sekali lagi, baiki peribadi dan akhlak sendiri...bersihkan hati...ikhlaskan kerana Allah...teruskan amar maaruf nahi mungkar!

Tiada ulasan: