Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

10 November 2010

Lihat bawah

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !



Nilai ujian lalu kupandang tanpa perasaan. Entah gembira entah sedih. Secebis syukur mungkin. Seharusnya begitulah. Namun, aku cuma berfikiran, apa ada pada semua nilai ini? Adakah ia mencerminkan ilmu yang melekat di dada? Sedangkan semakin banyak belajar, semakin banyak yang perlu diamalkan tetapi semakin banyak juga yang dilupakan. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Nilai itu hanya penipu! Maka jangan bertanya kepadaku akan apa nilaiku kerana aku tidak ingin mengungkap suatu pendustaan. 


....
gambar hiasan

Bapak tua berkemeja gelap lusuh itu menyapa.Dia mahu membersihkan
laman, mencabut lelalang yang baru saja mulai tumbuh. Saya kebingungan sebentar. Sepertinya masih belum diperlukan khidmat sesiapa. Anak-anak rumput itu bukanlah mencacatkan pandangan. Tapi bapak tua itu berharap benar dapat membuat sesuatu..untuk rezeki katanya. Rumah-rumah lain banyak yang sepi, musim liburan mungkin. Lantas saya berikan saja kesempatan untuknya.


Lebih sejam berlalu, saya menjenguk laman sambil mencari susuk tubuhnya. Oh, sempat lagi dia mengutip kayu-kayan pohon besar di tanah lapang depan rumah. Untuk kayu api mungkin. Usai mengumpul dan mengikat kayu pada basikal usangnya, dia menghampiri saya dengan keringat yang membasihi wajah, membuat kemejanya lencun juga. 

Ada keresahan di helaan nafasnya. Saya penasaran maka sempat berbual-bual ringkas sambil dia meneguk air kosong yang mampu  dihidangkan. Huh. Bapak tua ini sedang berusaha mencari wang biaya yuran persekolahan anaknya. Belum mampu dibayar, sudah menokok. Dalam keterdesakan, dia minta sedikit sumbangan... kebuntuan wang benar kelihatannya.


Oh, saat itu saya berharap benar diri ini jutawan, hartawan dan seumpama dengannya...banyak duit boleh bagi orang banyak-banyak kan...nak kayalah!


...dan saya teringat kata-kata abah waktu balik dari main bowling suatu ketika dulu..'best ke baling duit?'


??????


ya,bukan pasal dosa pahala...
tapi...persoaalannya adakah tiada jalan yang lebih baik untuk dibelanjakan wang yang ada? Terlebih-lebih sampai tak tahu nak buat apa?


itulah...selalulah pandang ke bawah.belajar erti bersyukur!



"..Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? "( QS.Ar Rahman) 

Tiada ulasan: