Pasrah

Work hard & be nice to people...

Alhamdulillah..segala pujian hanya untukMu, ya Allah.

Banyak perkara kat dunia ni yang kita tak mahu berlaku terjadi tetapi tetap juga terjadi. Kita fikir kalau tak berlaku, kita akan rasa gembira. Tapi, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa... hati saya kini jadi lebih tenang dengan hal yang sebelum ni saya ingin benar elakkan.

Kenapa?

Saya memang tak ada jawapannya.

Tapi terlintas di fikiran;

"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -al-Baqarah:216

Benar. Nak kata apa lagi. Dah jelas.

Tak nak macam mana pun, kalau Allah kata 'kun..' ..'fayakun'! Berlaku juga.

Huh, macam apa je. ;D

Terbaca juga satu hadis...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

hurm..berkata yang baik-baik atau diam sahaja.

Maknanya... NO mengumpat, fitnah, keji-mengeji dan seangkatan dengannya.okay?

so, sama-samalah kita bermuhasabah ye.

Hazirah, work hard!..and be nice to people!

InsyaAllah.....

Kucing hitam ke putih?

Zampicure


Tak tahu la kenapa nak letak gambar ni. Macam ada sesuatu yang menarik. Hmm

Terfikir..
ini bayang-bayang kucing atau memang jasadnya memang di tepi dinding tu ye..?

Ada orang cakap, kucing hitam tu bawa malang.
Ada momokan, kalau jumpa kucing waktu malam..haaa..scary eyh?

Kesian kucing hitam. Dek kerana warna bulunya hitam je pun orang bersangka macam-macam yang tak baik.

Kucing putih?
Banyak orang bela kucing-kucing comel, montel yang warna putih bersih,gebu bulunya.
Ramaila yang bila jumpa kucing putih tengah jalan nak usap2, belai2..
Untungnya jadi kucing putih.

Tapi hitam dan putih kan warna luarannya je.
Bukan penentu hakikat kucing tu baik ke jahat kan. huhu

Tak kisah la apa nak jadi dengan nasib para kucing tu.
Agak2 sama tak dengan situasi manusia?

Mungkin kan.

Ingin menjadi orang yang baik,taat dan soleh/solehah itu seharusnya jadi cita-cita semua orang.
Takkan nak impikan jadi pelaku maksiat, buat kerja haram etc.. plak kan?

Ok, kalau dah tanam impian nak jadi lebih baik tu, apa kita patut buat?
Cari ilmu? erm..betul gak tu
Mula ubah sikit2 apa yang patut? haa..bagus dah tu

Pendek kata..terpulanglah.
Niat dah baik, kenalah berusaha biar sampai jadi kenyataan.
Kalau dalam tempoh transformasi tu ajal datang..hurmm..
InsyaAllah..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNya.

Tapi tu la..jangan main2 dengan niat2 dalam hati je.
Memang la DIa tahu hati kita tapi...
kalau betul niat baik..kenapa tiada pelaksanaan?

contoh mudah;
aku niat nak solat dah tadi..tapi banyak kerja pulak..dah terlepas waktu.

owhho..bagaimana tu ye. kira dah bagus la tu orang tu berniat nak solat ek?
cuma tak buat je..hmm. Wallahu'alam.

Kita tak boleh la nak tuduh orang macam2 tapi kalau dah terang lagi bersuluh hal tu salah.
Nak duduk diam buat bodoh je ke kita2 yang dengar ni?

ok.
Tepuk dada, tanya la iman.
Ye laa..paling lemah pun membenci akan perkara tu dalam hati.(take note: benci perkara tu, bukan pelakunya ok) kan?

Entry saya sebelum ni buat orang 'hangin' pulak. owhhoo..hazirah..hazirah..
komen saya;
maaflah kepada sesiapa yang terasa. blog ni sebahagian dari hati saya.
realitinya, saya bukan pendebat, pemidato dan seangkatan dengannya.
jauh juga nak jadi penegur berhemah.[oh..bilakah baru bisa..]
memang nasihat saya orang selalu booo-layan.
..dan memang terasa 'ralat' bila kita beri nasihat orang buat tak tahu.
ye la..memang tak boleh paksa orang kan.
tapi kalau makin menjadi-jadi buat perkara tu..???

Rasulullah bersabda; ..sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..

ye..pesan Rasulullah la tu, ajak buat maaruf, tinggal yang mungkar.
kalau orang tak nak dengar camne?
Tengok lah kemampuan diri. Takkan nak bertegang urat pulak kan.
Habis bagus, diam dan berdoa je la.

Kalau saya ignore?
Ada orang cakap Rasulullah tak ignore orang yang tak dengar nasihat baginda.
Baginda tak berputus asa berdakwah dan terus berdakwah.
Betul!
Saya pun nak jadi macam tu. Nak jadi macam Rasulullah.
tapi...Hazirah dan Rasulullah SWT?
Perbandingan yang tak terkata(..dan mcm tak boleh nak diwujudkan) perbezaannya.

huhu...[terasa sebak giler..]
ter'bengang' sekejap tempoh hari. hati jahat berkata; habis tu, yang tak dengar nasihat tu nak jadi macam orang arab jahiliyah ke?
huh..na'uzubillah.astaghfirullah.

Ive done.
Orang tak boleh terima nasihat ke ape nak buat macam mana kan. So i ignore aka buat tak tahu je la..plus benci hal tu dalam hati.
(take note again:bukan benci orang tu)

Kenapa?
kalau saya layan baik2, macam me'restui' je perkara tu.rasa bersalah lagi membuak-buak.
Jadi saya pilih buat tak tahu langsung. Terseksa jugak la.
Ye la..bila tengok benda cam kotoran kat tepi kain orang saya tak boleh tegur. Macam jahat gak la. kan?


Hmm..

saya nak jadi kucing hitam la. boleh tak?
kucing hitam tak semestinya jahat kan?
atau..jadi kucing putih bertompok2 hitam..comey jugak kan.......................................



exam mode:ON
(tapi kdg2 tak sedar diri smpi blh taip 1 entry lg)

another crap entry

Aim High


..wanna fly high to the sky..without any wings..

this is a so-called confession:

if i could say that i reject the post given to me...i'd be happier i thought..

but i always hate the 'if' word coz it means nothing!

the tradition has said so and i have no idea how to break the wall.. if i could do something...owh..again, it is just an 'if'..

to someone who i have been ignoring to... i just cant help myself to unbefriend with you like i did well before.. i keep blaming you of pushing my ex-good friend to 'munkar' world.. most people would regard it as acceptable lifestyle but not me.. so till this moment, i want to ignore you all the time.. as if you never appeared on my stage of life.. unless.......... you end up guiding my friend to the very right pathway... *praying*

..because of this reason..together with other factors too..i wont pick you to be 'the leader'.. thank God you have also refused.. BUT IF many people choose you and you accept it AT LAST.. just hope your 'right wing' is not me! dont! ever!plzzz!

important: no hatred at all. just a temporary ignorance.. hope so.

enough said.


whoever choosen next week..huh..i know i have to respect the majority voice.. hmm.. whoever.. i will proudly appreciate you all to permanently delete my name from the board.. this is my sincere confession.. i do understand the reality that i have to go through is........hardly gonna be exactly as my hope.arghhhh.......fine! (hopeless-confused mode:ON)

mixed feelingsssss.

Allah... help me... destroy all the bad feelings... level up my inner strength.. guide me to constantly walk on the blessing road, firmly hold your only rope.....................


Semoga dipermudahkan

Sejak kebelakangan ni rasa diri ni macam loser! Seriously..
Minat dalam perubatan semakin memekar tapi ilmu jarang dipaksa sumbat masuk sampai padat ke dalam otak. Dalam erti kata lain......fokus pada pelajaran berkurang. huh. Kenapa? sibuk? bukan perdana menteri pun.. penat? belum lagi on-call.. alasan semuanya..;P isk3

Minggu lepas diberitahu, oleh sebab my batch ramai, kemungkinan nak masuk koas nanti kena tunggu giliran based on IPK or CGPA. warghh!!! -cuak- mine is not bad but not damn well though. dont like this!

Lately tak terasa nak balik Malaysia pun. huh, biar betik??
Betolll... dunno why. I didnt even excited to hear that my semester break will be pushed forward - starting 1st jan 2010 - tapi saya nak gi PERMAI on 22nd jan..betul2 nak ke sana. So i thought i should rather stay here till the end of the program.. lebih jimat kan? But my friends have started asking me.. 'going back after 3 weeks vacations?' huhuu.. kenapa, tak percaya? ;P

These two weeks..kena buat kerja cepat-cepat, kalau tak nanti banyak ter'miss' masa belajar..huhu.. sometimes i love being busy..the hectic lifestyle reminds me the preciousness of time..so its good, huh?! how about busy body then?? ;P

Busy body betul!
Mungkin tu kot orang pernah cakap kat saya. ;) But do i care? Pegangan saya: biarlah jadi busy body, tegur bila2 nampak orang buat salah kat dunia ni..daripada jadi busy tak tentu pasal kat akhirat bila orang cari kita tuntut kita macam-macam..isk3..na'uzubillah..astaghfirullah..
Hmm..harap sangat akan sentiasa wujud orang yang akan tegur kesalahan saya tiap detik dan ketika.....


Ya Allah..apapun jua yang datang dan pergi dalam hidupku..permudahkanlah segalanya..aaminn

Pergi tak kembali


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Saya pernah hafal lagu ni masa sekolah dulu2 sebab masuk nasyid.

Allahyarhamah kak Laila Mastura (my senior here)..saya tak rapat dengan dia...
tapi..ukhwah yang terbina melahirkan rasa sayu dalam hati ni...
Imam Al Ghazali ada ingatkan..yang paling dekat dengan kita tu MATI.
Benar. Pejam celik, pejam celik..seorang demi seorang sudah kembali menghadap Ilahi.
Saya? kita? entah bila pulak..
Ya Allah...kotor dan hinanya terasa diri ni mahu menemuiMu.............................


ALFATIHAH buat arwah...