Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

21 April 2011

Doa.Berserah.

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !

Bismillahirrahmaanirrahim.


Saat kita takut
..merasa ragu-ragu
..bimbang dan penuh kekhuatiran
..gundah gulana
..lemah semangat
..sedih
..hilang punca
..rasa terhina
..dikhianati
..disisihkan
..dan sebagainya.....

apa cara kita lakukan untuk lampiaskan semua itu?
siapakah yang benar-benar memahami keadaan kita?
adakah kita akan dapat kelegaan, ketenangan dan penyelesaian selepas mengadu padanya?

kerana kita pasti memang tidak dapat hidup sendiri.
kita perlukan teman.
kita perlukan sokongan.
kita perlukan semangat.
kita perlukan roh yang positif.

di mana kita perlu dapatkan semua itu?
keluarga?
kawan-kawan?
jiran tetangga?
ustaz ustazah?

ya, kita perlu mereka tapi....
ada kuasa yang tak terkalahkan oleh sesiapa..
yang apabila kita hamparkan segala kesulitan, rintihan..
kita rasai kedamaian hati..
kita peroleh kesembuhan jiwa..
kita temui jalan penyelesaian..
kita kuat harungi ujian dunia..
kita berani tegakkan yang haq..
kita bertambah semangat..
kita bahagia dan gembira..
kita jadi yakin dan positif..
kita akan sedar...kuasa itu Maha Agung..
..
...
....
kuasa Maha Hebat
yang tak akan pernah dikalahkan dengan apa-apa dan sesiapapun.

Allah Akbar
Allah Akbar
Allah Akbar
....
...
..
berDOAlah..
berDOAlah..
berDOAlah..

meskipun Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui...
lampiaskan segalanya, mohonlah dengan rendah hati, penuh pengharapan..
buktikan perhambaan kita seikhlasnya..
Allah Suka kepada hamba-hambaNya yang meminta-minta dan memohon kepadaNya..

Jika kita tak dapat apa yang kita minta,
YAKINLAH ada yang lebih baik dan terbaik pastinya yang ALLAH siapkan untuk kita..
atau...BERSABARLAH seketika kerana mungkin permintaan kita akan tertunai suatu hari nanti, waktu yang terbaik yang ALLAH tetapkan.


Yakin padaNYA.
Bergantung padaNYA.
usaha..doa..tawakkal..
insyaAllah..kita temui kebahagiaan yang dicari.


..kerana Maha Penyayang tak pernah meninggalkan kita sendirian................
..anytime,anywhere..






Tiada ulasan: