Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [AL-Ahzaab 33: 56]
12 Rabi'ul Awwal.Hari yang tenang dan mendamaikan. Mencari ruang untuk mengintrospeksi diri. Sudah sejauh manakah kita berusaha menjadi ummat Rasulullah yang sebenar-benarnya?
Iman itu turun dan naik - sangat berhubung rapat dengan aqidah sendiri dan persekitaran sehari-hari. Kita perlukan peringatan setiap masa tapi lebih penting lagi adalah sentiasa membuka hati untuk meresapi segala peringatan yang baik. Memang kedegilan nafsu menjadi halangan terbesar ke arah perubahan positif yang isitqomah. Cakap-cakap orang, situasi sekeliling dan seumpamanya berlegar-legar di batas pemisah antara hal yang baik dan sebaliknya. Ujian..tapi seorang muslim itu harus melawan sekuatnya, bukan?
Saya kira salah satu elemen yang amat penting dalam membentuk peribadi berakhlak mulia seperti yang diajar Rasulullah adalah melalui ketegasan! Sudah menuntut ilmu yang benar, amal dengan tegas. Jika betul-betul tegas, apapun anasir yang cuba menggoyahkan pegangan yang hak itu, pasti akan mundur penuh kecewa. Bukankah mesti berani kerana jalan yang benar?
Ah, tak remajalah...kita kan muda lagi...rilek la..
Alaa..sekali sekala kot. Bukan selalu..
Ni la masanya nak cuba..lain kali tak ada peluang dah..
Kadang-kadang secara tak sedar kita mencipta batasan waktu kita sendiri. Astaghfirullah. Manalah boleh kita tahu sampai bila kita hidup kan? Seharusnya kita tak runsing untuk berfikir sama ada sempat atau tak untuk berhibur (duniawi semata) tapi masih ada waktu atau tak untuk kita berbuat amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat. Dalam erti kata lain, tak rugi LANGSUNG kita tak menikmati sepenuhnya hal keseronokan duniawi ni...kerana semua tu tak LANGSUNG menjamin kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana.Wallahu'alam.
Introspeksi diri..muhasabahlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan