Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

30 November 2010

aduhaiii....

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !

Di tengah-tengah kekusutan otak pre-exam ini, ada perasaan tak senang dengan sesuatu.

Agaknya semua orang tahu tentang Gunung Bromo di Jawa Timur Indonesia ni yang sedang meningkat aktivitinya. Ya, setiap hari..sejak akhir-akhir ini.

Tapi, saya tersangatlah tidak faham akan status teman-teman di sini yang seolah-olah 'excited' dan tidak putus menanti apa

28 November 2010

Andaiku tahu...

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus yang terus membayangiku 
....

27 November 2010

Berkorban

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !



Setiap hari, ada pelajaran hidup untuk dicerna jiwa dan roh ini.
Menatap wajah-wajah suci penuh hikmah meruntun nurani.
Mereka yang soleh dan solehah, mereka yang zuhud dan tawaddhu', mereka yang air mukanya dihiasi wudhu', mereka yang tersenyum dakwah...penuh memikat dan membuat iri menusuk kalbu!
Ah, bagai langit dan bumi saya dan mereka. 
..apatah lagi dengan alim ulama', imam-imam besar, sohabiah dan...junjungan besar Rasulullah SAW.
Seperti melukut di tepi gantang. Begitulah perasaan ini.
Malu.

19 November 2010

11 November 2010

Saya malu

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Hari-hari saya jalan ke kampus.
Hari-hari saya terpaksa menempuh laluan di mana banyak lelaki di pinggirnya.
Hari-hari saya kena jaga pandangan. (memanglah!)
Tapi hari-hari saya akan terlihat para lelaki 'cuci mata'.
Oh, perempuan...lihatlah apa yang tersarung di tubuhmu. Malulah! Malulah! Malulah!


Saya malu melihat tubuh perempuan di'scan' oleh mata nafsu sang lelaki.
Saya takut memikirkan pandangan mereka juga pada saya.
Oh, perempuan! anda memang cantik! Tapi pamerkan kecantikan itu untuk yang halal.
..atau (jika keyakinan kita berbeza) berpakaianlah yang sopan.
Longgar2kan...bajumu...seluarmu..

10 November 2010

Lihat bawah

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !



Nilai ujian lalu kupandang tanpa perasaan. Entah gembira entah sedih. Secebis syukur mungkin. Seharusnya begitulah. Namun, aku cuma berfikiran, apa ada pada semua nilai ini? Adakah ia mencerminkan ilmu yang melekat di dada? Sedangkan semakin banyak belajar, semakin banyak yang perlu diamalkan tetapi semakin banyak juga yang dilupakan. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Nilai itu hanya penipu! Maka jangan bertanya kepadaku akan apa nilaiku kerana aku tidak ingin mengungkap suatu pendustaan. 


05 November 2010

Aku wanita

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Terjumpa satu madah.
Suka akan keikhlasan sang penulis menterjemah perasaan dalam bait-bait kata.

Kerana Aku Wanita.


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

03 November 2010

Sampai mati

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Terasa nak menangis tatkala usai membaca artikel ini : 

(klik)Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…


Si penulis menulis dari sudut 'orang yang menasihati'. Saya setuju, malah tiada sanggahan sedikit pun.
Sepertimana Rasululullah tak pernah putus asa berdakwah meski dihina, dicerca dan dikasari...begitulah kita-kita manusia biasa ini harus lakukan.
Tidak mengenal putus asa sehingga salah satu yang berikut berlaku;
1. Kamu mati. !
2. Dia mati. !
3. Matahari terbit dari barat. !
4. Dia berubah.....

02 November 2010

Beriman, Berilmu

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Surau atau masjid yang diimarahkan memang ada 'aura' istimewa.
Sebaik kaki melangkah masuk dan punggung dilabuhkan, aura itu meresap di segenap jiwa.
Damai yang hilang hadir menyapa.
Resah dengan rasa keberdosaan terungkai sedikit demi sedikit.
Berlama-lama di tempat2 itu memang mengasyikkan.
Akan terdengar alunan suara merdu entah dari mana...bacaan quraanul karim yang menyejukkan hati.
dan...
Memori di Masjidil Haram kembali segar di ruang ingatan...
Sungguh, sangat, teramat indah! Rindu!!!