Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

24 Disember 2010

Usjud wa iqra'


SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Setiap kali kita memohon sesuatu daripadaNya, kita sering berharap Allah kabulkan doa kita secepatnya. Tapi setiap kali seruan azan memanggil kita mengerjakan solat, kita sering memilih untuk bertangguh...satu minit...5 minit..1 jam......2 jam...
Setiap kali hidup kita diuji dengan pelbagai cubaan, kita berharap Allah Mendengarkan rintihan bicara hati kita (meskipun Dia Maha Mendengar). Namun, kita sering mengelak atau berdalih untuk mendengar, membaca, mahupun mendalami Al-Quran meskipun kita tahu naskhah yang sudah lama dikurniakan kepada kita itu adalah...kalamullah.

Jadi selayaknya kita tidak berhak menagih apa pun jika secebis ketaatan yang paling asas kita abaikan. Tapi, benarlah Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang...maka kita terus dapat menikmati apa jua yang kita inginkan. Subhanallah...


Oh, Ya Robb...andai aku tergolong daripada golongan yang angkuh, sombong dan kufur itu...ampunkanlah aku, dan kumohon hidayahMu sampai bila-bilapun agar aku tetap berada di satu-satunya jalan yang lurus dan yang Kau Redhai.. aamin





:: Solat kita adalah bagaimana diri kita.::
:: Kita juga adalah apa yang kita baca.::
:: Iqra' (bacalah) , Usjud (sujudlah) ::

1 ulasan:

FutsalSHAMS berkata...

Mohon Update di blog tuan, untuk Kejohanan Futsal Interbatch Ex-Shams 1.1.2011 Galaxy Futsal Bangi rujuk di blog kami (klik nama)