Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

03 Disember 2010

Muak dengan cinta

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !




Hujan turun renyai di luar. 
Langit bergemuruh dari tadi.
Ujian hari esok teramat berat..sehingga ada kawan nekad tak nak belajar langsung. Apakah?
Bukankah setiap sesuatu itu harus ada usaha. Try the best, leave the rest to Allah. 
Ujian hari ini bukan apa-apa jika dibandingkan dengan kerjaya masa depan.
Mungkin sekarang masih ada masa untuk menelaah, kalau sudah kerja nanti....huuu..wallahu'alam

....

Ada satu fenomena yang melanda pemuda pemudi islam sekarang.
Buaian cinta islamik yang berlebihan.
Maksudnya???
Saya perhatikan sangat banyak artikel dan video tentang cinta di facebook sebagai contoh.


Cinta itu mestilah kerana Allah. Ya, saya sendiri pasti bersetuju tapi...

  • Ambillah secebis peringatan atas pembacaan dan pemahaman kita akan hal cinta itu.
Tiadalah salah untuk jadikannya sebagai alat untuk mendakwah.
Cuma..

  • Janganlah sampai dakwahnya hanya ke arah membetulkan cinta sesama adam dan hawa.
Memabukkan...kerana daripada dakwah, orang boleh terbuai.
Membayangkan indahnya bersama orang yang soleh atau solehah.
Menanam azam untuk jadi hambaNya yang taat (alhamdulillah!)
Namun...
dalam nikmat buaian cinta itu, kita terlupa akan luasnya perjuangan kita sebenarnya!

Di facebook, di sebalik timbunan artikel cintan-cintun...akan ada terselit link ke situasi semasa umat Islam di Palestin. Penderitaan, kekejaman dan ketidakadilan berterusan hingga saat ini.
oh...Sedarkah kita?
Tahukah?

..malulah kita...
..masih terbuai dengan hal-hal remeh setiap masa. 
..ayuh buka mata dan hati luas-luas.
..prihatin dengan kemaslahatan umat sejagat.
..usah terlalu asyik dengan dakwah cinta yang mengusik kalbu.
..cukuplah yakin dengan janji-janji Allah dalam Kalamullah.
..takdir telah tertulis, jangan dirunsingkan..............
..semarakkan cinta dengan mengingati saudara-mara kita yang tercinta yang berjuang tanpa henti si sana juga..



hayatilah..dan aminkan doa ini..




Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah.. Engkau turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang-orang Islam di Libanon (Palestin), dan hancurkanlah para rejim zionis.. amin..




* setiap yang tertulis di ruang ni ada sebabnya...wallahu'alam.

Tiada ulasan: