Have you ever watched a video from youtube entitled ' It's get better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya Ok"' ? just click the link if you want to watch it.
Ok. Eh, i'm not ok. I absolutely disagree about this matter (read: nothing wrong of being a gay).
“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.”
– Imam As-Syafi'ie
...
Dunia akhir zaman. Macam-macam benda orang cuba buat. Hak asasi manusia kononnya. Setiap orang ada hak dan kehendak masing-masing yang perlu dipertahankan sungguh-sungguh ..lah kononnya.
Jangan terkejut dan mungkin ramai yang akan terkedu apabila mendengar hujah-hujah golongan yang beragama secara logik ini. Ya, beragama secara logik akal dengan memutar belit Al-Quran dan Hadis semata-mata demi membuktikan apa yang dibuat tidaklah salah, berdosa, haram, dimurkai Allah atau seangkatan erti dengannya.
Dan tidak perlu gelabah bila tiba-tiba ada orang yang berhujah pulak...
'sudah-sudahlah mengata dia (orang yang mengaku gay ni), biar Allah je balas. Dosa kita pun mungkin lebih banyak daripada dia. Tak baik mengata orang, memburukkan orang, mengaibkan mereka.'
ehh...
..tiada isu mengaibkan, memalukan individu lain dewasa ini...tak perlu pun komen apa-apa kerana orang sekarang akan tanpa malu mengaibkan diri mereka sendiri. Ya, seperti video itu la. Itukan dibuat secara sukarela.
Saya Gay, saya ok.
Saya Lesbian, saya ok.
Saya Biseksual, saya ok.
Saya Paedophilia, saya ok.
Saya Pencuri, saya ok.
Saya Perogol, saya ok.
Saya Penipu, saya ok.
Saya Peminum Arak, saya ok.
Saya Kaki Perempuan, saya ok.
Saya Pelacur, saya ok.
..and the list goes on.
Ok, katakan apa saja. Tak mengapa.....Awal-awal orang akan marah, hentam dan tidak setuju. Tapi lama-lama nanti orang akan cakap ...-biarlah diorg....
Dulu:
Anak gadis curi-curi keluar rumah jumpa buah hati tepi sawah padi. Orang kampung nampak bagitahu mak pak
-- Ya Allah...memalukan orang tua betul anak bertuah tu. Astaghfirullah..siaplah!
Sekarang:
Anak gadis diangkut kawan lelaki dari pagi sampai malam. Mak pak tutup mata jiran sibuk bergosip.
-- orang muda, biasa laa tu..nak enjoy. tak payah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang.
Begitulah perubahan berlaku seiring peredaran masa yang begitu pantas berlalu.
nastaghfirullahal'azimm...
Budaya 'amar maaruf nahi mungkar' kadang-kadang jadi taboo sebab takut kena 'sembur'.
'..korang yang duk tegur2, nasihat2 ni, korang tu dah baik, sempurna sangat ke? cermin laa diri tu sikit. cakap je lebih, sekali kena kat diri sendiri ke, keluarga sendiri ke, baru tahu nak diam.'
'..saya tahu ni salah, saya dah cuba lawan, tapi tak boleh..ustaz ustazah, orang2 yang rasa bagus tu senang la cakap. mereka tak rasa apa yang saya rasa. mereka tak faham.'
'..tolong jangan sibuk boleh tak. semua orang nak berubah jadi lebih baik. tapi tak ada hidayah lagi. nanti bila dah terbuka hati ni nak berubah, kitorang berubah la.'
..etc etc
Jadi, orang yang nak buat onar sendiri berprinsip : 'alah...sekejap je diorang nak bising2, sibuk2, tegur itu ini. nanti reti la nak diam. ambik masa je tu.tengoklah nanti.'
Sedar tak sedar, makin tinggi orang belajar, makin berbelit-belit putar alam bila bercakap. Dah pandai la katakan.
Tapi sayang, orang tertipu dengan cara beragama pakai logik akal semata. Tak nak terima nasihat dan pandangan 'alim ulama'. Maka lahirlah cara hidup yang berlandaskan hak peribadi, keterbukaan, kebebasan dan tiada sempadan. Na'uzubillah.
....
Saya berfikir dan berfikir...
..tanpa ingin membuat sebarang konklusi di sini. Hanya ingin berkongsi 'a few pieces of my mind' yang timbul saat berfikir....
- apa perlu masuk dunia homosexual, untuk kita benar-benar faham perasaan gay dan lesbian?
- apa perlu mengunjung kelab hiburan, untuk memahami jiwa-jiwa yang dahagakan keseronokna dunia?
- apa perlu menghisap rokok, untuk mengetahui bagaimana boleh ketagihnya sang perokok?
- apa perlu membuka aurat beberapa lama, untuk faham sukarnya kembali berubah bertudung litup kenudian hari nanti?
- pendek kata...ape perlu jadi semua-semua yang tak elok tu untuk faham situasi,perasaan,emosi,mental orang sedemikian????
- apa perlu masuk neraka dulu untuk merasai azabnya seksaan di neraka itu??
Nak orang lain faham, tanpa diri sendiri tak nak berubah? Begitu ke???
Orang lain faham macam mana dalam sekalipun, kalau sendiri yang tak berusaha nak ubah diri sendiri, asyik tunggu hidayah la apa la (hidayah pun kena usaha) ...sampai bila-bila la mcam tu jugak.hmm
Tapi, dalam bergolaknya isu sosial sebegini, buat saya sedar sesuatu...
SUKARNYA BERDAKWAH ZAMAN SEKARANG. BUKAN SETAKAT PERLU FAHAM ILMU AGAMA DALAM-DALAM, TAPI KENA PANDAI PSIKOLOGI, MAIN LOGIKAL AKAL YANG BENAR, KAWAL EMOSI BAIK2...MACAM-MACAM.
Ehhh, siapakah pendakwah-pendakwah itu?
Sabda Rasulullah SAW: "Kullu muslimin daa'in." artinya: "setiap muslim adalah pendakwah."
wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan