Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

23 Oktober 2010

Sabtu

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Pilihan Raya Umum dah dekat ke?
Saya dah daftar sebagai pengundi! Nak balik mengundi!
Tapi..adakah peluang itu? ;(

...

Hari Sabtu memang dinantikan. Walaupun banyak tugasan yang masih belum diselesaikan, ada banyak ruang pentarbiyahan diri hari libur sebegini.
Dengar koleksi ceramah-ceramah agama, baca artikel-artikel islamik, bermuhasabah tentang seminggu yang dah berlalu...
Tiada lain, hanya rasa syukur yang tidak terhingga.
Bangun pagi dah sedar diri ini masih bernafas...masih ada ruang taubat hari ini. Alhamdulillah.

...

Perempuan, jangan terlalu naif. Kalau sedar ada pria yang sering memerhatikanmu dan menaruh hati, berhati-hatilah! Jangan terbuai dengan usikan syaitan. Jagalah peribadimu sebaik mungkin. Perempuan, jika anda tidak dipandang, maka itu jauh lebih baik. Bersyukurlah. 
Perempuan yang sering dipandang, banyakkan istighfarmu, perbaikilah apa yang perlu supaya kurang/tidak dipandang lagi.
Ada apa pada pandangan? Ini bukan pandangan biasa-biasa, tapi pandangan yang sudah disinggahi syaitan laknatullah. Berhati-hatilah! Tutuplah auratmu kerana Allah Ta'ala. 
Oh perempuan, jadilah yang bermaruah...solehah...berusahalah!
InsyaAllah...


Tiada ulasan: