Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

15 Oktober 2010

Jaga diri

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Jangan biasakan buat sesuatu yang kurang baik yang tidak pernah dibuat sebelumnya.
Kalau dah jadi darah daging, terrrramat payah nak berubah kembali ke asal.

Bila melakukan nahi mungkar, sematkan sekukuh-kukuhnya dalam hati agar terhindar dari hal itu.
Jangan melarang atau menasihati orang, tapi diri sendiri yang melakukannya di kemudian hari.
..dan jangan sesekali berpegang pada kata2 - 'aku tak mahu mencegah orang itu, aku takut aku sendiri yang buat nanti' - malulah mengaku umat Muhammad!

....

Berprinsip tegar tu kadang-kadang membuat diri tak begitu disukai orang sekeliling.
Ya, nggak apa lah...mending dipikir Allah suka atau nggak.
Kan hidup kita kerana Allah.

.......you are never alone. just reach into your heart and Allah is always there.......

.....

Bagaimana mahu sentiasa tersenyum pada orang yang kita tahu berterusan melakukan kemungkaran?
Membenci perbuatannya tetapi tetap bermanis muka.
Sulitnya menjadikan diri hipokrit!

Tiada ulasan: