Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

21 April 2011

Doa.Berserah.

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !

Bismillahirrahmaanirrahim.


Saat kita takut
..merasa ragu-ragu
..bimbang dan penuh kekhuatiran
..gundah gulana
..lemah semangat
..sedih
..hilang punca
..rasa terhina
..dikhianati
..disisihkan
..dan sebagainya.....

apa cara kita lakukan untuk lampiaskan semua itu?
siapakah yang benar-benar memahami keadaan kita?
adakah kita akan dapat kelegaan, ketenangan dan penyelesaian selepas mengadu padanya?

kerana kita pasti memang tidak dapat hidup sendiri.
kita perlukan teman.
kita perlukan sokongan.
kita perlukan semangat.
kita perlukan roh yang positif.

di mana kita perlu dapatkan semua itu?
keluarga?
kawan-kawan?
jiran tetangga?
ustaz ustazah?

ya, kita perlu mereka tapi....
ada kuasa yang tak terkalahkan oleh sesiapa..
yang apabila kita hamparkan segala kesulitan, rintihan..
kita rasai kedamaian hati..
kita peroleh kesembuhan jiwa..
kita temui jalan penyelesaian..
kita kuat harungi ujian dunia..
kita berani tegakkan yang haq..
kita bertambah semangat..
kita bahagia dan gembira..
kita jadi yakin dan positif..
kita akan sedar...kuasa itu Maha Agung..
..
...
....
kuasa Maha Hebat
yang tak akan pernah dikalahkan dengan apa-apa dan sesiapapun.

Allah Akbar
Allah Akbar
Allah Akbar
....
...
..
berDOAlah..
berDOAlah..
berDOAlah..

meskipun Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui...
lampiaskan segalanya, mohonlah dengan rendah hati, penuh pengharapan..
buktikan perhambaan kita seikhlasnya..
Allah Suka kepada hamba-hambaNya yang meminta-minta dan memohon kepadaNya..

Jika kita tak dapat apa yang kita minta,
YAKINLAH ada yang lebih baik dan terbaik pastinya yang ALLAH siapkan untuk kita..
atau...BERSABARLAH seketika kerana mungkin permintaan kita akan tertunai suatu hari nanti, waktu yang terbaik yang ALLAH tetapkan.


Yakin padaNYA.
Bergantung padaNYA.
usaha..doa..tawakkal..
insyaAllah..kita temui kebahagiaan yang dicari.


..kerana Maha Penyayang tak pernah meninggalkan kita sendirian................
..anytime,anywhere..






04 April 2011

Kembali

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !

Fuhhh~~


Berhabuk, bersawang.
Sekian lama ruang ini ditinggalkan.
Bukan tiada apa untuk dikongsi (malahan terlalu banyak), tapi hibernasi kadang-kadang juga perlu. :)


:: Lembaran penuh cabaran

April menjengah dengan seribu kegusaran. Bermula dengan Yudisium yang memberi saya label 'Dokter Muda' dengan Sarjana Kedokteran, kini saya harus fokus dan gigih mengharungi dua bulan persediaan, PANUM, sebelum bertugas sebagai co-assistant doctor di rumah sakit (hospital) mulai 6 Jun 2011. Kecuakan bertambah tatkala mengetahui lab pertama yang saya harus tempuhi selama 3 bulan adalah Paediatric. 

*Semoga lancar semuanya..aamin..*

Jun ini juga seperti sangat menggusarkan dan masih berteka-teki. Ada hal penting untuk dilaksanakan. Meski hati berbelah-bagi, tapi seringkali ada suara membisikkan peringatan - Dahului keredhaan Allah dan keberkatan hidup olehNYA - Ya, kerana hal ini, saya kembali kuat untuk meneruskan niat suci ini. 

*Permudahkan Ya Allah. Jika ini yang terbaik untuk diriku, keimananku, ibadahku, masa depanku, hidupku di dunia dan di akhirat..permudahkanlah untukku Ya Robb..permudahkanlah..aamin..*


Hidup ini berkisar tentang membuat pilihan.
Berfikir dan membuat keputusan.
Hal yang remeh sekalipun..apatah lagi yang benar-benar serius.
Soal kebahagiaan.
Soal masa depan.
Soal hati.
Soal dosa dan pahala.
Soal dunia dan akhirat.
Soal meraih keredhaanNya.
Soal memperoleh keberkatan hidup.
Soal syurga dan neraka...
Mempertimbangkan banyak hal besar untuk satu hal yang kecil.
Sulit lagi memeningkan.
Penuh air mata di sebalik senyum tawa.
Tiada yang tahu apatah lagi bertanya.
Cukup Dia Maha Mengetahui.

Permudahkan Ya Allah...

15 Februari 2011

Muhasabah

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [AL-Ahzaab 33: 56]