Someone said :

Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)

31 Oktober 2010

Beringat sendiri



SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


credit to shermgrafik

Egoism itu suatu penyakit?

23 Oktober 2010

Sabtu

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Pilihan Raya Umum dah dekat ke?
Saya dah daftar sebagai pengundi! Nak balik mengundi!
Tapi..adakah peluang itu? ;(

...

Hari Sabtu memang dinantikan. Walaupun banyak tugasan yang masih belum diselesaikan, ada banyak ruang pentarbiyahan diri hari libur sebegini.
Dengar koleksi ceramah-ceramah agama, baca artikel-artikel islamik, bermuhasabah tentang seminggu yang dah berlalu...
Tiada lain, hanya rasa syukur yang tidak terhingga.
Bangun pagi dah sedar diri ini masih bernafas...masih ada ruang taubat hari ini. Alhamdulillah.

20 Oktober 2010

Derma

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Kalau menonton rancangan "Minta Tolong' kat sini, selalu rasa sebak.
Hakikat yang harus diketahui : biasanya hanya orang miskin yang bermurah hati menolong orang miskin tanpa banyak soal. Orang yang senang/ kaya selalu berdolak-dalih nak bantu. oh, duniaa...
Walaupun mereka tak mampu, tapi tetap memberi. Sungguh mulia.
Tak seperti kebanyakan yang kaya. Pandang sebelah mata pun tak nak. Inikan pula nak hulur sekeping dua syiling. 
Ahh....insaf rasanya........

...

18 Oktober 2010

RedhaNya



SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


...

Keikhlasan tak boleh disusuli dengan ungkitan kerana nilai ikhlas itu akan terpadam.
Biar segala penat lelah dan pengorbanan diikhlaskan setulus hati.
Ganjaran daripada Nya pasti besar...yakinlah!



...

Kenapa tak kahwin saja?
Masih belajar, tiada duit.Keluarga tak bagi.Belum bersedia.
Validkah alasan itu untuk membuka ruang kemaksiatan?
Nabi pesan, kalau sudah ada keinginan tapi tak mampu untuk nikah, berpuasalah..puasa sebanyak mungkin..sibukkan diri dengan hal lain.
Apa sudah diamalkan? hmm..

16 Oktober 2010

Insaf

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Malu rasanya bila dengar non-muslim memperkatakan tingkah laku muslim yang tak baik.
Islam yang indah jadi tercemar. Ahh..
Kenapa harus memburukkan agama Allah ini???
Jangan rasa bahagia dalam kemaksiatan! Kalau rasa bersalah, insaflah segera!

...

Saat mengulangi dosa, terasa sangat benci akan diri sendiri.
Kalaulah mati tatkala belum sempat untuk bertaubat lagi.....
Ahh..hinanya, kotornya.
Astaghfirullahal'azim...

15 Oktober 2010

Jaga diri

SubhaanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar !


Jangan biasakan buat sesuatu yang kurang baik yang tidak pernah dibuat sebelumnya.
Kalau dah jadi darah daging, terrrramat payah nak berubah kembali ke asal.

Bila melakukan nahi mungkar, sematkan sekukuh-kukuhnya dalam hati agar terhindar dari hal itu.
Jangan melarang atau menasihati orang, tapi diri sendiri yang melakukannya di kemudian hari.
..dan jangan sesekali berpegang pada kata2 - 'aku tak mahu mencegah orang itu, aku takut aku sendiri yang buat nanti' - malulah mengaku umat Muhammad!

14 Oktober 2010

P.O.M

Bukan pom pom buat sorak-sorak, bising-bising.
Ia didiamkan, terpendam.
Sampai masa terzahirkan.

..

Esok lusa belum pasti ada.
Solat mesti jaga.
Hati harus baik.
Telan saja kutukan dan hinaan.
Allah Maha Berkuasa!

..

Ya..
Ruang lama masih wujud.
Jadi aset istimewa.
Kenangan abadi, dipersoal jua selepas mati. #_#